LATEST NEW

Welcome to Highrule Online Services Centre / Your OneStop online Service Centre

INFO NIAGA


PENDAFTARAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA ( TUBE ) 

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE diperkenalkan bagi membantu golongan belia khususnya Bumiputera memulakan perniagaan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Tube yang akan dikendalikan SME Corp dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), melibatkan usahawan muda melalui tiga fasa sebelum diberikan geran permulaan perniagaan sebanyak RM15,000.

Fasa pertama ialah ketahanan jati diri yang memerlukan usahawan muda melalui latihan berbentuk fizikal dan mental.
Fasa kedua berkaitan bengkel perniagaan dan fasa ketiga merangkumi pelaksanaan perniagaan.
Fasa ketiga ialah pelaksaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan sekiranya melepasi fasa satu dan dua.

Dibawah fasa ketiga ini juga peserta akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah 'sistem kawan' selama 12 bulan.

Kriteria dan syarat untuk melayakkan diri ke dalam program TUBE
Lepasan universiti, lepasan sekolah dan daripada jabatan belia.
Saringan kesihatan akan dilakukan.
Mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Golongan perniaga  boleh menyertai bagi memantapkan lagi perniagaan.
Pengambilan kumpulan pertama program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) dijangka pada
        Julai ini.

Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web SME Corp apabila selesai infrastruktur yang akan umumkan kelak.

No comments:

Post a Comment